BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 20, 2010

di persimpangan di lema

layannn...

Monday, August 9, 2010

Ramadhan kita bertemu lagi..

Tap tup tap tup Ramadhan yang dirindui datang lagi.. Tahun ni hopefully tahun terakhir aku berpuasa sorang... Ramadhan ini membuatkan aku rindu untuk solat terawih.. rasa tenang bile puasa dan malam pula bersolat terawih.

Untuk bulan puasa ni semua kerja dah bagi beres awal2.. so this month no more to KL.Tak buleh ingat sangat hal dunia.. now bulan puasa so it's not time to rush.. tapi dalam seminggu ni aku sentiasa termimpikan kematian.. mungkinkah ader makna sebalik mimpi tu? atau hanya mainan semasa tidur? kata orang kalau mimpi macam tu tanda nak dapat rezeki.. ntahlah, mimpi yang pertama aku mimpi bom nuklear jatuh kat bandar kuala terengganu.Masa tu aku duk lepak tepi pantai Pulau Duyung.Kemudian bunyi siren memaklumkan semua orang lari menyelamatkan diri.Tapi aku masih duduk kat sini.. kemudian aku nampak sebuah pesawat pengebom berlegar2 di ruang angkasa bandar kuala terengganu.Then nampak satu bom di gugurkan dan... masa tu semua orang lari dan panik..rumah dan bangunan runtuh sekelip mata.Rasa takut yaAllah tuhan saja yang tahu.. aku berlari memandangkan asap bom semakin menghampiri.... dan aku terjaga..esok mimpi sama lagi..siap buleh bersambung.. tapi dalam mimpi semuanya selamat..mungkin ini petunjuk.. agar aku lebih mengingatiNya..

Jadi puasa ni mesti penuhkan dengan ibadah.. sayang dan rindu pada Ramadhan,kerana Ramadhan bulan yang penuh berkat dan penuh rahmat.Bulan yang memberikan pengampunan dan kurniaan terbaik pada umat akhir zaman.Kita tak tahu bla waktu kita di dunia akan tamat.. Namun kita tahu kita punyai waktu untuk bertaubat dan buat segalanya selagi ada masa.. Ya Allah.. berikanlah aku pengampunan,rezeki dan petunjuk agar aku sentiasa berada di jalanMu..
Salam Ramadhan..

Monday, June 28, 2010

erti diriku

Dah lama tak menulis,kesibukkan waktu tidak memberiku kesempatan untuk meluangkan sedikit coretan di sini.Alhamdulillah, banyak perkara yang terjadi kebelakangan ni sedikit sebanyak memberi nafas baru dalam hidupku.Julai ini mungkin pengakhiran bagi ceritera 4 tahun.Permulaan yang memang tidak terduga dan sukar untuk diperjelaskan melalui sedikit kata.Kadang orang akan melihat dari satu sudut,bagaimana dengan sudut yang satu lagi? Apakah sama naluri dan perasaan yang di alami? Jauh... bukan senang mendalami.. bukan semudah itu.Bahkan kesusahan yang di alami pasti ada manisnya nanti.. Cuma manusia suka mengambil jalan singkat serta tidak belajar dari sejarah yang lalu... sejarahlah yang mengajar kita agar tidak berulang kesilapan yang sama..sejarah diri kita dan aku khasnya..

Orang hanya mampu mencemuh,berkata tanpa mengetahui kebenarannya.. apakah beban seseorang itu sama..? jangan mengeji dan menduga hati insan lain.Aku teringat akan pesan guruku..berfikir itu lebih baik dari bercakap terlalu banyak,kerana fikir itu ilmu yang membuatkan kita mempertimbangkan akan baik buruknya.Diam seribu bahasa,faham seribu makna.. sabar pagar jiwa.. istigfar pneguat minda..

Aku faham.. untuk itu.. aku tunggu sehingga 15 julai ini..dan untuk abangku..aku sayang abang aku, Muhammad Rizauddin... kasihku takkan luput walau apa jua mendatang.. biar bersama di jannatul firdausi..

Wednesday, March 24, 2010

19-23 Mac 2010 felda residence inn

Trutt trutt.. hari jumaat kol aku dapat dari PK1 sekolah aku,aku kene attend kursus kat hotel felda.Best sebab dekat.Tapi kursus ni memang sibuk 'bangat'.Macam2 kena buat.Projek unit plan,laman web,blog,semuanya berasaskan e-book.Kursus pagi-petang-malam tak rehat2.So aku tidur ajer kat hotel ni sebab rugi kalau balik.Tak sempat.Kursus kerjasama TESDEC-INTEL-JPNT bagi memberi ilmu kepada guru2 tentang bagaimana pengajaran d sekoah nanti berasaskan e-book.Menarik kerana kumpulan aku yang pertama di Terengganu di pilih sebagai perintis.Di sini aku upload gambar2 semasa suasana kursus.Tekun menyiapkan presentation sebab MB nak tengok.. Aku...

Nani....

Kak Ayu...

Paez.......

Cikgu2 yang tekun,....


Aku ngan Puan Rema Devi Menon,Pengajar Intel

Friday, March 5, 2010

donat ulam petai

Bulan ni memang trase penat.. semua perkara nak rush.Byk perkara berlaku.Namun perkara paling best dapat tukar sekolah.Yes yes.. berakhir sudah satu era dan permulaan untuk era baru.SK duyung jauh berbeza dengan sekolah lamaku,mungkin sebab ramai guru lelaki di sini.Permulaan yang baik untuk tahun ini,semua berjalan dengan baik,GB ok sgt.. :) tak cerewet.kerjasama guru2 kat sini sgt ok.Everything yg aku bleh cakap.. memg best.Tp best pun bukan lame sgt.. aku gi UMT jumper prof ku halim.Sebab takder org yg dapat aku sembang jadi buat appointment ngan dia.So byk perkara yang aku dapat... rase mcm makan donat ulam petai..kalau nak tahu raserla sendiri..huhuhu.Satu nasihat yang dia beri padaku n mungkin aku rasa patut pakai.Jgn tunggu lama2.. if suka mesti beranikan diri.If tak memg terlambat.. nak buat mcm maner..malu sgt x bagus jugakkan..
Haa.. yg ni pun tak best jugak.My own mistake.Baru ni gi sabah.. dahla jadi tourist guide , tiket sendiri bleh silap beli.aduihhh.. flight gi KK semua org kul 3 ptg.Yg aku punya kul 6.50 pagi.tau masa check in.maka terbanglah lagi duitku RM527 walk in.. huhuhu.. nak wat mcm maner.. silap aku gak.Lenkali mesti double check dulu..pengajaran...
Aperpun motivasi diri mesti kuat.. chaiyok2.. kambate!
p/s: asal naik flight mesti order donat..tu yg tajuk donat tu.. :)

Friday, February 12, 2010

Kaunseling:Jangan berputus asa.

Hari ini aku bertemu teman lamaku,berbincang mengenai pelajaran yang aku ambil.Aku lebih gemar akan pengajian kaunseling.Sedikit sebanyak membantuku untuk mengenal diri sendiri dan orang lain.Bagiku kursus ini adalah unik dan tersendiri.Ianya saling berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai insan dan hubungan manusia sendiri.Banyak perkara yang di pelajari bahawa manusia tidak dapat lari dari masalah.Malah kaunselor pun begitu jua kerana kita memakai sifat makhluk,tetap tidak sempurna.Namun dalam ketidaksempurnaan itu kita di beri keistimewaan dan bukanlah kita lemah.Kita lemah kerana kita sunyi.Kita lemah kerana kita takut untuk menerima kekalahan walau kekalahan belum sampai lagi.Minda tidak dapat menerima logik atau fakta,maka kalau kita menerima kelemahan sendiri kita sebenarnya menang tanpa kita sedari.. kita akan kalah kalau kita tak bangun untuk mencuba lagi.Kita kalah kalau kita berputus asa.
Kaunseling sangat berkait rapat dengan bagaimana kita mampu mengawal emosi diri sendiri.Orang yang mampu mengawal emosi merupakan orang yang berjaya di dalam hidup kerana mereka mampu membuat pertimbangan yang wajar di saat genting.Aku mengkaji sifat diri sendiri,ulasan dari temanku dan membuatku lebih mengenal diriku yang sebenar. Manusia memerlukan teman sebagai teman bicara dan kita kaunselor tidak dapat menyelesaikan masalah seseorang klien itu,tapi mampu mengurangkan stress yang di hadapi.Memberikan pilihan dan alternatif supaya klien tidak menemui jalan yang buntu.Temanku juga berpesan,tua atau muda semua orang menghadapi perkara yang sama.Apabila tekanan melebihi aras pemikiran normal membuatkan seseorang tidak dapat membuat keputusan yang rasional.Apabila dibiarkan maka seseorang itu akan mengalami gejala psikosis yang mana erlu di rujuk kepada pakar jiwa (psikiatri).
Banyak yang aku pelajari hari ini dengan Dr Azman dan Dr Ibrahim sebagai rujukan.Aku tak mahu jadi orang yang selalu kecewa,biar jatuh berkali-kali kita tetap bangkit kerana jatuh bukan bererti kalah.Peluang dan jalan kita sendiri yang membinanya,kita kalah jka kita tidak memberi ruang pada diri sendiri untuk membaiki kesilapan yang ada.Aku akan tetap belajar...

Thursday, January 21, 2010

Mungkinkah secangkir bahagia

Hari ini terlakar sedikit senyuman di hatiku..samada sedar atau tidak,usiaku bakal menginjak 27 tahun.Kematangan fikiran seiring dengan emosi membuatku lebih bersedia untuk apa jua situasi.Aku tak takut untuk mendapatkan sedikit hak seperti orang lain.Belajar melafazkan sesuatu yang ingin di harapkan mungkin di anggap sukar bagi sesetengah orang dan begitu juga dengan diriku.Tapi jika kita tidak melafazkannya.. sampai bila2 pun kita takkan tahu,malah mungkin menyesal kerana terlambat menyuarakan hasrat hati..di terima atau di tolak adalah pekerjaan hati.Pernah rakanku berkata,hati tak boleh di paksa,di minta mahupun di suruh.Ia akan datang dengan sendiri.Meski tiada jodoh mesti belajar dengan rela hati untuk melepaskan.Namun walau kita menolak sekalipun andai jodoh dan takdir menyebelahi kita maka hargailah dan bersyukurlah kerana pertemuan itu.Sesuatu yang berlaku itu adalah kerana pertemuan yang hanya menjadi rahsia Allah yang Maha Mengetahui.Dia mengaturkan hati ini,dia pencipta dan dia mengetahui sekian alam cakerawala ini.
Harapanku tinggi,agar sedikit cinta di berikan padaku..agar ada ruang untukku bertahkta di hatinya.Aku bersyukur padaNya,kerana dalam hati ini masih di kurniakan rasa cinta pada insan lain yang kaumnya hawa.Andai dia punya rasa,ada degup sepertiku.. mungkin tidak hari ini,mungkin jua esok..pasti ada cinta..

Monday, January 18, 2010

Hati ini telah di lukai




Untuk pembaca blog ini,terimalah lagu permintaan dari kawan aku yang kini berada di kemaman.
Semoga anda terhibur.. dalam masa tak sampai sebulan usia blog ni dah mempunyai pembaca tersendiri.Malah ramai juga yang mempunyai pengalaman tersendiri dan unik.I love u all..and thanks a lot for supporting this blog.
Emailkan pendapat anda di traderrop@gmail.com

Sunday, January 17, 2010

Tatapan untuk kamu..

Kepada yang masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu-kupu.Makin kau kejar, makin ia menghindar.Tapi, bila kaubiarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga.Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti,Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.


Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .
Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna.

Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli.Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada.Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan.Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta,sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.


Kepada yang PATAH HATI...
Sakit... luka… hancur.. patah hati...bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya.Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta?Mahu jatuh, jatuhlah! tetapi, jangan sampai terjerumus.Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil.Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermaknatidak boleh meminta apa2.Bersedialah untuk terluka dan menderita,tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar2 dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI...Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain,tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang.Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu.Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila.Orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak,10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak.Biarkan dia pergi dan lupakan..

Thursday, January 7, 2010

RINDU ADIK PADAMU

Balik rumah ajer, tak der sesiapa menanti.. dulu ader abang Ja.. sekarang ni riindu sangat pada dia.
Esok nak masuk ladang tapi abg Ja tak der.Apakah yang perlu aku lakukan? rasa nak ajak dia balik rumah tapi apakan daya..
Sekarang strategi di rancang,abg Ja harus pulang.Aku akan melawatnya minggu hadapan,aku tak mahu dia rasa sunyi dan kehilangan.Aku akan jaga dia sebab aku sayangkan abang aku.Mungkin ada kebaikkan apabila dia berada di sana.(pondok pengajian agama al-muhajirin) tapi aku tak bersetuju dengan penghantarannya ke sana.Apa pun aku akan menunggu waktu yang sesuai untuk bertindak.. abangku pasti kembali,berjalan bersama di bumi kurniaan illahi ini..

Saturday, January 2, 2010

Sherina – Cinta Pertama Dan Terakhir

sebelumnya tak ada yang mampu
mengajakku untuk bertahan
di kala sedih

sebelumnya ku ikat hatiku
hanya untuk aku seorang
sekarang kau di sini hilang rasanya
semua bimbang tangis kesepian


reff:
kau buat aku bertanya
kau buat aku mencari
tentang rasa ini
aku tak mengerti
akankah sama jadinya

bila bukan kamu
lalu senyummu menyadarkanku
kau cinta pertama dan terakhirku

sebelumnya tak mudah bagiku
tertawa sendiri di kehidupan
yang kelam ini

sebelumnya rasanya tak perlu
membagi kisahku saat ada yang mengerti
sekarang kau di sini hilang rasanya
semua bimbang tangis kesepian


repeat chorus

bila suatu saat kau harus pergi
jangan paksa aku tuk cari yang lebih baik
karena senyummu menyadarkanku
kaulah cinta pertama dan terakhirku






Friday, January 1, 2010

Takdir bukan hukuman

Andai kita menyalahkan takdir,maka kita salah.Seorang sahabat memberitahu aku.Kita mesti sayang pada diri sendiri sebelum menyayangi seseorang.Meski kadang ia pahit namun andai itu suratan yang telah wujud maka redha merupakan sesuatu yang amat sukar untuk di terima.Pernah seorang teman aku,Farid membawa aku berjalan ke Jeli di kg baru Malaysia, menemani seseorang untuk berikhtiar.Makcik yang mengubati seorang kawan aku ( arwah cikgu zulkifli) mengalirkan air mata memahami apa yang terjadi pada aku.Tanpa sepatah kata air mata bercucuran bagaikan hati ini memahami kesedihan yang di alami.Dia berpesan padaku,telah tersurat jodoh,pertemuan ajal maut Allah yang tentukan."Makcik penoreh getah nak,makcik terima ketentuan Allah seadanya.Begitu juga dengan anak,andai sudah tertulis dari azali jodoh anak.. andai kuat pertemuan..kalau tiada jodoh dengannya maka hendaklah menerimanya dan berdoa agar Allah mententeramkan jiwa kita"seraya mendegar itu semua hati ini tak mampu lagi menahan sebak di dada...mataku bergenang dan tak mampu menahan air mata yang mengalir deras.Panas membasahi pipi...Ya Allah..hanya itu yang mampu terucap.. berikanlah kekuatan pada hambaMu ini dalam menjalani ranjau hidup sebagai insan yang lemah,jangan lagi di duga diri ini.Maka kukuatkan semangat dan aku memandang farid yang duduk bersila di sebelahku..Farid berkata padaku"jang,sabar... allah sayang dengan dirimu.. maka sebab yang ada usahlah di fikirkan kenapa.. kena redha jang..kena kuat.." aku keluar dari teratak itu dan turun ke tanah..melihat suasana sekelliling,mengharapkan pokok dan bukit bukau yang ada memahami kesedihanku.Adakah ini hukuman untukku..adakah aku mesti menerima semua ini..kurasakan berat ujian ini..Cinta anugerah dariNya..kasih sayang Allah lebih besar dari segalanya..aku mengerti..aku redha..Lambat laun,sedikit sebanyak pasti masa akan sedikit mengubati..Aku berlalu pergi bersama farid,cikgu zul dan cikgu kamariah meninggalkan kg baru malaysia di jeli..bersama sebuah ingatan..dunia ini kecil,tiada yang tahu apa terjadi esok di hadapan kita.. namun aku bersyukur..kerana masih ada yang sayang akan diri ini..usah di tangisi lagi pada apa yang telah terjadi.. Allah maha mengetahui atas apa yang terjadi