BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 21, 2010

Mungkinkah secangkir bahagia

Hari ini terlakar sedikit senyuman di hatiku..samada sedar atau tidak,usiaku bakal menginjak 27 tahun.Kematangan fikiran seiring dengan emosi membuatku lebih bersedia untuk apa jua situasi.Aku tak takut untuk mendapatkan sedikit hak seperti orang lain.Belajar melafazkan sesuatu yang ingin di harapkan mungkin di anggap sukar bagi sesetengah orang dan begitu juga dengan diriku.Tapi jika kita tidak melafazkannya.. sampai bila2 pun kita takkan tahu,malah mungkin menyesal kerana terlambat menyuarakan hasrat hati..di terima atau di tolak adalah pekerjaan hati.Pernah rakanku berkata,hati tak boleh di paksa,di minta mahupun di suruh.Ia akan datang dengan sendiri.Meski tiada jodoh mesti belajar dengan rela hati untuk melepaskan.Namun walau kita menolak sekalipun andai jodoh dan takdir menyebelahi kita maka hargailah dan bersyukurlah kerana pertemuan itu.Sesuatu yang berlaku itu adalah kerana pertemuan yang hanya menjadi rahsia Allah yang Maha Mengetahui.Dia mengaturkan hati ini,dia pencipta dan dia mengetahui sekian alam cakerawala ini.
Harapanku tinggi,agar sedikit cinta di berikan padaku..agar ada ruang untukku bertahkta di hatinya.Aku bersyukur padaNya,kerana dalam hati ini masih di kurniakan rasa cinta pada insan lain yang kaumnya hawa.Andai dia punya rasa,ada degup sepertiku.. mungkin tidak hari ini,mungkin jua esok..pasti ada cinta..

0 comments: