BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 12, 2010

Kaunseling:Jangan berputus asa.

Hari ini aku bertemu teman lamaku,berbincang mengenai pelajaran yang aku ambil.Aku lebih gemar akan pengajian kaunseling.Sedikit sebanyak membantuku untuk mengenal diri sendiri dan orang lain.Bagiku kursus ini adalah unik dan tersendiri.Ianya saling berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai insan dan hubungan manusia sendiri.Banyak perkara yang di pelajari bahawa manusia tidak dapat lari dari masalah.Malah kaunselor pun begitu jua kerana kita memakai sifat makhluk,tetap tidak sempurna.Namun dalam ketidaksempurnaan itu kita di beri keistimewaan dan bukanlah kita lemah.Kita lemah kerana kita sunyi.Kita lemah kerana kita takut untuk menerima kekalahan walau kekalahan belum sampai lagi.Minda tidak dapat menerima logik atau fakta,maka kalau kita menerima kelemahan sendiri kita sebenarnya menang tanpa kita sedari.. kita akan kalah kalau kita tak bangun untuk mencuba lagi.Kita kalah kalau kita berputus asa.
Kaunseling sangat berkait rapat dengan bagaimana kita mampu mengawal emosi diri sendiri.Orang yang mampu mengawal emosi merupakan orang yang berjaya di dalam hidup kerana mereka mampu membuat pertimbangan yang wajar di saat genting.Aku mengkaji sifat diri sendiri,ulasan dari temanku dan membuatku lebih mengenal diriku yang sebenar. Manusia memerlukan teman sebagai teman bicara dan kita kaunselor tidak dapat menyelesaikan masalah seseorang klien itu,tapi mampu mengurangkan stress yang di hadapi.Memberikan pilihan dan alternatif supaya klien tidak menemui jalan yang buntu.Temanku juga berpesan,tua atau muda semua orang menghadapi perkara yang sama.Apabila tekanan melebihi aras pemikiran normal membuatkan seseorang tidak dapat membuat keputusan yang rasional.Apabila dibiarkan maka seseorang itu akan mengalami gejala psikosis yang mana erlu di rujuk kepada pakar jiwa (psikiatri).
Banyak yang aku pelajari hari ini dengan Dr Azman dan Dr Ibrahim sebagai rujukan.Aku tak mahu jadi orang yang selalu kecewa,biar jatuh berkali-kali kita tetap bangkit kerana jatuh bukan bererti kalah.Peluang dan jalan kita sendiri yang membinanya,kita kalah jka kita tidak memberi ruang pada diri sendiri untuk membaiki kesilapan yang ada.Aku akan tetap belajar...