BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 22, 2009

La tahzan(usah bersedih)

Tercetus di hati aku untuk membuat blog ini tatkala diri masih lagi tercari-cari bagaimana mahu bermula.Hidup ini satu suratan dan telah tercatat di luth mahfuz.Ujian yang di beri dan kesukaran yang di hadapi adalah ujian dari Allah untuk melihat bagaimana kita bersabar,bahkan tidak pernah bersyukur ketika di waktu senang.
Tahun 2007 merupakan tahun penuh duka yang ingin di lupakan,sering bertanya mengapa ini terjadi pada diri aku.Jawapan yang di dapati dengan petunjuk tuhan membuatkan aku bersyukur.Baruku sedar dunia ini kecil sahaja... dalam mencari kehidupan,aku juga seperti orang lain mahu hidup bahagia bersama orang yang tersayang.Senang orang bercakap,susah untuk bersuara,berbicara kadang-kadang tak seperti biasa.
Tahun 2008 menyaksikan perubahan lagi,ujian datang bertimpa2.. Ya,Allah.. berikanlah kekuatan pada hambamu ini untuk diri ini meneruskan hidup.Aku pasrah tentang jodoh,aku pasrah tentang keluarga,sahabat dan musuh juga lebih terserlah.. satu demi satu menunjukkan rupa.Jadi aku mengembara mencari lebih pengertian dan aku faham sekarang.Kita kena tabah terhadap apa juga keputusan kerana realiti hidup sebenar bukanlah semudah yang di sangka.Setiap satu memerlukan pengorbanan yang tinggi.Aku sangkakan aku sahaja yang menghadapi situasi ini,rupanya tidak.Maka aku jadikan bingkisan cerita ini agar aku sentiasa ingat yang Tuhan sayangkan pada hambaNya.. belum sampai waktu untuk aku.
Tahun 2009 mencapai penghujung,syukur padaMu ya Allah kerana memberi jalan dan sahabat yang memahami.Tahun ini memberi banyak pengalaman yang aku rasa istimewa,membuatkan aku berfikir.. Allah tidak menentukan nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha.Malah,kursus kaunseling yang aku ambil membuatkan aku lebih memahami jiwa aku dan orang lain sendiri.Apabila hati dan jiwa tidak tenang,maka apa jua yang di buat tidak akan berhasil.Justeru aku lebih selesa menyibukkan diri dengan kerja agar tidak menjadi seperti contoh yang berada di sekeliling.Penting untuk kita mengawal kemarahan,sentiasa berfikiran rasional dan usah bersedih.. kerana pasti esok masih ada.
2010... insyaAllah pasti bermula...

2 comments:

Anonymous said...

bagu satu wadah perjuangan yg ikhlas...putrajaya

mizan said...

selangkah utk permulaan,perjalanan masih jauh.. ada teman,ada keluarga.. kita jgn berputus asa.InshaAllah