BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 23, 2009

Bank,GEMA dan FX platform begin

Semalam aku bertemu dengan abang lah dan azman.Banyak perkara yang kami bincangkan mengenai perancangan koperasi.Dalam hal ini,Kismat Ziaudeen COO FEC research sedia membantu sebagai financial advisor.
Minggu lepas aku telah berjumpa dengan kismat,meminta cadangan bagaimana hendak bermula.Kismat memang orang lama di dalam money changer dan memiliki syarikat sejak 1962 lagi.Dia menerangkan pada aku potensi serta risiko menggunakan platform broker di dalam forex adalah berisiko tinggi.Jadi dia mencadangkan agar aku menjadikan koperasi sebagai associate dengan bank yang di iktiraf untuk mengelakkan AMLA serta BAFIA.
Bahkan koperasi akan menjadi associate kepada bank terkemuka di switzerland.(tidak di nyatakan nama bank sebelum MoU)
Apa yang kami dapati sememangnya satu perkara yang besar. aku menghubungi Dato' Hashim,adik kepada Dato' Pahamin rejab yang merupakan ahli lembaga pengarah dalam koperasi kami.Beliau menyarankan agar kami menyiapkan segala dokumen dan pelan strategik untuk tahun hadapan.Untuk permulaan esok,aku dan azman akan berangkat ke kota Kinabalu.Azam,Abg Lah dan Dr Ibrahim akan ke KL untuk sistem basket trading.Kedua2nya amat penting dalam menjayakan misi dan visi koperasi dan syarikat.
Aku berharap tahun 2010 merupakan tahun yang mampu membuatkan semua orang tersenyum.

0 comments: