BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 20, 2010

di persimpangan di lema

layannn...

Monday, August 9, 2010

Ramadhan kita bertemu lagi..

Tap tup tap tup Ramadhan yang dirindui datang lagi.. Tahun ni hopefully tahun terakhir aku berpuasa sorang... Ramadhan ini membuatkan aku rindu untuk solat terawih.. rasa tenang bile puasa dan malam pula bersolat terawih.

Untuk bulan puasa ni semua kerja dah bagi beres awal2.. so this month no more to KL.Tak buleh ingat sangat hal dunia.. now bulan puasa so it's not time to rush.. tapi dalam seminggu ni aku sentiasa termimpikan kematian.. mungkinkah ader makna sebalik mimpi tu? atau hanya mainan semasa tidur? kata orang kalau mimpi macam tu tanda nak dapat rezeki.. ntahlah, mimpi yang pertama aku mimpi bom nuklear jatuh kat bandar kuala terengganu.Masa tu aku duk lepak tepi pantai Pulau Duyung.Kemudian bunyi siren memaklumkan semua orang lari menyelamatkan diri.Tapi aku masih duduk kat sini.. kemudian aku nampak sebuah pesawat pengebom berlegar2 di ruang angkasa bandar kuala terengganu.Then nampak satu bom di gugurkan dan... masa tu semua orang lari dan panik..rumah dan bangunan runtuh sekelip mata.Rasa takut yaAllah tuhan saja yang tahu.. aku berlari memandangkan asap bom semakin menghampiri.... dan aku terjaga..esok mimpi sama lagi..siap buleh bersambung.. tapi dalam mimpi semuanya selamat..mungkin ini petunjuk.. agar aku lebih mengingatiNya..

Jadi puasa ni mesti penuhkan dengan ibadah.. sayang dan rindu pada Ramadhan,kerana Ramadhan bulan yang penuh berkat dan penuh rahmat.Bulan yang memberikan pengampunan dan kurniaan terbaik pada umat akhir zaman.Kita tak tahu bla waktu kita di dunia akan tamat.. Namun kita tahu kita punyai waktu untuk bertaubat dan buat segalanya selagi ada masa.. Ya Allah.. berikanlah aku pengampunan,rezeki dan petunjuk agar aku sentiasa berada di jalanMu..
Salam Ramadhan..