BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 30, 2009

Kerja sambil bercuti


Macam buah cempedak
Orang dusun,ni kat pekan nabalu

Kerongsang dalam rm17 ajer.. lau semenanjung dah RM60 lebih ni
Gunung Kinabalu di belakang

Ni kat canopy walk di poring

Tgh tunggu bas kat asia city

Penat tapi seronok sangat.. berjalan sambil buat kerja kat sabah.Sampai sana,tido hotel budget www.switzparadisehotel.com.Temuduga buat kat penampang,dekat ajer.Dari pukul 8 pagi sampai 6 petang.Last2 dapat yang petang,nak makan kat sana tak lalu.Makan megi cup ajer. Habis temuduga,keesokkannya aku sewa van naik ramai2 sekali dengan family azman,pak hasin suami isteri dan juga ayah aku.Pakai GPS garmin senang ajer sampai ke kundasang.Kawasan sana segar,udara memg betul2 tak macam cameron highland yang dah banyak kena gondol.Then kami pergi ke poring hot spring.Sabah ni luas,jarak satu daerah tu macam nak gi balik terengganu ke KL ajer.. Malam tu pergi pasar phillipines,tapi bukan semua murah2.Tapi kalau tengok kristal dekat situ memang rambang matalah jawabnya.. Tapi untuk melancong dalam negeri memang sabah membuatkan kita asyik dengan keindahan semulajdi dan bangsanya,malah tutur bicara pun lemah lembut.Orang terengganu dan kelantan ramai jugak dah jadi orang di sana terutama di ranau. 5 hari duk sana,now kena buat report kerja.Dahlah tak pergi hospital semalam.. confirm kena marah dengan dr.Ingat hari ni rupanya semalam kena pergi.. aduhai,muda2 dah nyanyuk... apa2 pun sabah menggamit kenangan mengukir senyuman..

Wednesday, December 23, 2009

Bank,GEMA dan FX platform begin

Semalam aku bertemu dengan abang lah dan azman.Banyak perkara yang kami bincangkan mengenai perancangan koperasi.Dalam hal ini,Kismat Ziaudeen COO FEC research sedia membantu sebagai financial advisor.
Minggu lepas aku telah berjumpa dengan kismat,meminta cadangan bagaimana hendak bermula.Kismat memang orang lama di dalam money changer dan memiliki syarikat sejak 1962 lagi.Dia menerangkan pada aku potensi serta risiko menggunakan platform broker di dalam forex adalah berisiko tinggi.Jadi dia mencadangkan agar aku menjadikan koperasi sebagai associate dengan bank yang di iktiraf untuk mengelakkan AMLA serta BAFIA.
Bahkan koperasi akan menjadi associate kepada bank terkemuka di switzerland.(tidak di nyatakan nama bank sebelum MoU)
Apa yang kami dapati sememangnya satu perkara yang besar. aku menghubungi Dato' Hashim,adik kepada Dato' Pahamin rejab yang merupakan ahli lembaga pengarah dalam koperasi kami.Beliau menyarankan agar kami menyiapkan segala dokumen dan pelan strategik untuk tahun hadapan.Untuk permulaan esok,aku dan azman akan berangkat ke kota Kinabalu.Azam,Abg Lah dan Dr Ibrahim akan ke KL untuk sistem basket trading.Kedua2nya amat penting dalam menjayakan misi dan visi koperasi dan syarikat.
Aku berharap tahun 2010 merupakan tahun yang mampu membuatkan semua orang tersenyum.

Tuesday, December 22, 2009

Global Peace Loving Family

Dari depan:aku,Tuan Haji Anuar Abdul Aziz,Azman Abdullah,Tn Hj Wahab,Aziz dan Alias (CIMB and Maybank officers) we are leading towards the future.

La tahzan(usah bersedih)

Tercetus di hati aku untuk membuat blog ini tatkala diri masih lagi tercari-cari bagaimana mahu bermula.Hidup ini satu suratan dan telah tercatat di luth mahfuz.Ujian yang di beri dan kesukaran yang di hadapi adalah ujian dari Allah untuk melihat bagaimana kita bersabar,bahkan tidak pernah bersyukur ketika di waktu senang.
Tahun 2007 merupakan tahun penuh duka yang ingin di lupakan,sering bertanya mengapa ini terjadi pada diri aku.Jawapan yang di dapati dengan petunjuk tuhan membuatkan aku bersyukur.Baruku sedar dunia ini kecil sahaja... dalam mencari kehidupan,aku juga seperti orang lain mahu hidup bahagia bersama orang yang tersayang.Senang orang bercakap,susah untuk bersuara,berbicara kadang-kadang tak seperti biasa.
Tahun 2008 menyaksikan perubahan lagi,ujian datang bertimpa2.. Ya,Allah.. berikanlah kekuatan pada hambamu ini untuk diri ini meneruskan hidup.Aku pasrah tentang jodoh,aku pasrah tentang keluarga,sahabat dan musuh juga lebih terserlah.. satu demi satu menunjukkan rupa.Jadi aku mengembara mencari lebih pengertian dan aku faham sekarang.Kita kena tabah terhadap apa juga keputusan kerana realiti hidup sebenar bukanlah semudah yang di sangka.Setiap satu memerlukan pengorbanan yang tinggi.Aku sangkakan aku sahaja yang menghadapi situasi ini,rupanya tidak.Maka aku jadikan bingkisan cerita ini agar aku sentiasa ingat yang Tuhan sayangkan pada hambaNya.. belum sampai waktu untuk aku.
Tahun 2009 mencapai penghujung,syukur padaMu ya Allah kerana memberi jalan dan sahabat yang memahami.Tahun ini memberi banyak pengalaman yang aku rasa istimewa,membuatkan aku berfikir.. Allah tidak menentukan nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha.Malah,kursus kaunseling yang aku ambil membuatkan aku lebih memahami jiwa aku dan orang lain sendiri.Apabila hati dan jiwa tidak tenang,maka apa jua yang di buat tidak akan berhasil.Justeru aku lebih selesa menyibukkan diri dengan kerja agar tidak menjadi seperti contoh yang berada di sekeliling.Penting untuk kita mengawal kemarahan,sentiasa berfikiran rasional dan usah bersedih.. kerana pasti esok masih ada.
2010... insyaAllah pasti bermula...